Kontroversi Perempuan Itu (drama)

Pada pertengahan Mac 2022, drama ini mendapat tentangan meluas tatkala pelakon Zul Ariffin mengepos satu adegannya dengan Siti Hariesa di laman Instagram-nya. Babak itu melibatkan Siti dan Zul saling berpelukan dalam gaya yang menonjol serta aksi Siti menyuap krim putar kepada Zul, sejurus menerbitkan amarah orang ramai oleh kerana babak yang disifatkan keterlaluan dan lucah.[2] Selain itu, babak itu menerima selaran para agamawan Islam kerana bertentangan dengan norma tempatan, dengan tambahan bahawa drama itu dijangka bakal bersiaran pada bulan Ramadhan yang dianggap suci oleh umat Islam.[3][4] Sementara itu, ada yang lebih bersifat menerima adegan itu dengan asas keterbukaan minda dan pendidikan seksual.[1] Dalam hal ini, pihak TV3 menyatakan bahawa babak itu tidak disangka mereka, dan tidak pernah diberi kelulusan.[5]